|
MTD sasar lebih banyak projek
Date: Friday, 18 December 2009
Oleh CYNTHIA YEOHCategory: Publication - Utusan Malaysia cynthia.yeoh@utusan.com.my KUALA LUMPUR 18 Dis. - MTD Group (MTD), kumpulan pembinaan, pembangunan hartanah serta infrastruktur dan juga pengendali lebuh raya, akan terus melebarkan sayap di luar negara dan meneroka peluang-peluang baru khususnya di negara-negara Timur Tengah. ![]() Lakaran artis projek Jambatan Jamarat di Mina, Arab Saudi. "Kami akan mengambil sebarang peluang yang ada untuk mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan. Langkah berkenaan akan dilakukan sama ada membida projek secara bersendirian ataupun bersama, segala-galanya tertakluk kepada kesesuaian dan keperluan projek," kata beliau kepada Utusan Malaysia, di sini. Buat masa ini, MTD mempunyai operasi di 13 buah negara termasuk di Indonesia, Filipina, Sri Lanka, India, Arab Saudi, Singapura dan Chile. Azmil Khalili berkata, pihaknya mempunyai keyakinan tinggi terhadap kemampuan peluasan kumpulan berikutan kejayaan operasi MTD di beberapa buah negara serta rekod pencapaian dan anugerah yang berjaya diterima sebelum ini. Terbaru, MTD telah diberi pengiktirafan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) menerusi Persys Sdn. Bhd. (Persys), anak syarikat milik penuhnya dalam kategori Pencapaian Antarabangsa untuk projek penambahbaikan Jambatan Jamarat di Mina, Arab Saudi. MTD melalui Persys berjaya menyempurnakan projek bernilai RM200 juta untuk kontraktor utamanya, Kumpulan Saudi Binladin membabitkan kerja menuang konkrit dan menyiapkan segmen pra-tuang dan kerja pasca penegangan bagi memperkukuh Jambatan Jamarat dan kawasan sekitarnya di Mina, Arab Saudi. Azmi Khalili menjelaskan: ''Projek itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan projek yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi dengan nilai keseluruhan sebanyak RM4.2 bilion." Katanya, MTD memperoleh projek secara bidaan melalui Saudi Binladin yang dilantik untuk melaksanakan keseluruhan projek pembangunan di Jambatan Jamarat dan kawasan sekitarnya. "Kerja-kerja subkontrak yang diberikan kepada kami adalah sebanyak lima peratus daripada keseluruhan nilai projek ini dan telah siap sepenuhnya pada Ogos lalu manakala keseluruhan jambatan ini siap sepenuhnya pada November lalu dan telah digunakan untuk musim haji 1430H yang lalu. "Namun begitu, kerja-kerja pembangunan lain di sekitar jambatan dan kawasan sekitarnya masih belum siap sepenuhnya dan tertakluk kepada kontraktor utama," ujarnya. Projek ini menyumbang sebanyak tujuh peratus kepada jumlah perolehan kumpulan, menurut beliau. Mengulas lanjut projek-projek yang dilaksanakannya, Azmil Khalili berkata, MTD melalui anak syarikat yang sama berjaya menyelesaikan pakej BC9 yang membabitkan kerja-kerja mereka bentuk dan membina jejambat sepanjang 4.8 kilometer di India untuk penyiapan struktur empat stesen tinggi di Koridor Inderlok-Mundka, Fasa II Delhi MRT pada Mei lalu. Beliau menjelaskan, setakat ini, pihaknya giat menyiapkan projek-projek yang sedang dijalankan. "Kerja-kerja naik taraf dan pemulihan Lebuh Raya Selatan Luzon (SLEX) di Manila oleh anak syarikat South Luzon Tollways Corporation, telah siap melebihi 95 peratus dan pembangunan fasa pertama terminal arang batu oleh PT Cigading International Bulk Terminal di Pelabuhan Cigading berjalan mengikut jadual. "Di Sri Lanka pula, MTD melalui Northern Power Company (Private) Ltd. (NPC) telah melancarkan operasi jana kuasa di Jaffna pada Jun lalu dan telah dapat mengatasi masalah catuan kuasa serta dapat memenuhi permintaan kuasa elektrik di kawasan terbabit," terangnya. Sementara itu, kata beliau, pihaknya turut terlibat dalam projek pembangunan hartanah dengan melaksanakan Projek Perumahan Awam Perintis di Galle dan projek perumahan kedua di Kandy, Sri Lanka. Kedua-dua projek tersebut sedang berjalan lancar. Di Australia pula, kata Azmil Khalili, Metacorp Australia Pty Ltd telah melaksanakan projek Leedon di Wrekyn Street dan Dow Street, Port Melbourne, kedua-duanya melibatkan pembangunan komersial dan pangsapuri . Di dalam negara, beliau berkata, MTD terus mengukuhkan kedudukan melalui beberapa projek termasuk pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 dari Bukit Besi ke Bukit Payung, Terengganu yang sehingga kini 55 peratus siap. "Projek menaik taraf Jalan Loke Yew berjaya disiap sepenuhnya dan diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas. "Di Lembah Klang pula, MTD menerusi MTD Construction Sdn. Bhd telah dilantik oleh Jabatan Kerja Raya untuk mereka bentuk dan membina semula cerun yang runtuh (Pakej 3) di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang yang mengalami tragedi tanah runtuh pada 6 Disember tahun lalu dan kemajuannya berjalan mengikut jadual," jelas beliau lagi. Ditanya tentang keupayaan bersaing MTD, Azmil Khalili berkata, setelah berada dalam industri berkenaan untuk satu jangka masa panjang, MTD kini mencapai tahap yang membanggakan serta setanding dengan para pesaing Beliau berkata, MTD akan terus meninjau peluang sedia ada dan menyusun strategi untuk terus bersaing secara berdaya saing sebagai persediaan dalam merebut peluang pemulihan ekonomi yang dijangka berlaku tahun depan. Azmil Khalili mengakui cabaran paling besar yang bakal dihadapi adalah mengurangkan kos operasi secara berkesan tanpa mengabaikan budaya kerja yang lebih efektif. "Melihat kepada prospek yang semakin cerah, MTD telah mengambil semua iktibar daripada krisis kewangan global bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada," kata beliau. |
Latest News Bursa Malaysia - Announcements MTD Capital Bhd ("MTD" of "the Company") - Compulsory Land Acqusitions Date: 06 September 2010 Temporary Restraining Order to Restrain Toll Rate Increase in South Luzon Expressway Date: 06 September 2010 Notice of Shares Buy Back by a Company pursuant to Form 28A Date: 01 September 2010 NOTICE OF SEVENTEENTH ANNUAL GENERAL MEETING Date: 01 September 2010 PROPOSED RENEWAL OF SHARE BUY-BACK AUTHORITY Date: 01 September 2010 Bursa Malaysia - Changes in Shareholding Changes in Sub. S-hldr's Int. (29B) - Sarojini a/p Kandiah Date: 29 June 2010 Changes in Sub. S-hldr's Int. (29B) - Jeyapalan a/l Muthuthamby Date: 29 June 2010 Notice of Interest Sub. S-hldr (29A) - Solid Share Sdn Bhd Date: 29 June 2010 Changes in Sub. S-hldr's Int. (29B) - Datuk Mohd Dom bin Ahmad Date: 25 June 2010 Bursa Malaysia - Annual Audited Accounts Annual Audited Accounts - 31 March 2010 Date: 30 July 2010 Annual Audited Accounts - 31 March 2009 Date: 31 July 2009 Annual Audited Accounts - 31 March 2008 (Errata) Date: 18 August 2008 |




02 September 2010