100 kakitangan MTD Group derma darah
Date: Thursday, 18 February 2010
Category: Publication - Berita Harian
Kuala Lumpur: Menyedari Pusat Darah Negara (PDN) memerlukan sokongan orang ramai, MTD Group menggalakkan warga kerjanya menderma darah menerusi kempen kempen diadakan di ibu pejabat syarikat terbabit.

Bertwmpat di Batu Caves, Selangor, sejak awal pagi kira-kira 100 kakitangan dari pelbagai bahagian menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan menyahut seruan pengurusan, sekali gus membantu insan lain.

Ketua Komunikasi MTD Group, Fazlyaton Hussein, berkata program tahunan itu mensasarkan seberapa ramai pekerja dengan menghebahkan kempen sehari berkenaan sejak seminggu lalu di semua jabatan untuk sama-sama memberikan sokongan.

"Kita sengaja memilih mengadakan kempen sebelum Tahun Baru Cina bagi membolehkan tabungan darah disalurkan ke Pusat Darah Negara pada musim perayaan memandangkan pada musim itu jumlah individu memerlukan semakin berganda.

"Musim perayaan yang panjang ada kalanya menyebabkan jumlah penderma di hospital dan Pusat Darah Negara berkurangan sama ada sebelum atau selepas musim itu, justeru diharap derma darah pada kempen ini dapat menampung permintaan." katanya.

Terdahulu MTD Group yang turut mengedarkan risalah berkaitan keselamatan jalan raya kepada pemandu di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Timur-Barat dan Lebuhraya KL-Seremban bagi mengingatkan pengguna supaya berhati-hati sepanjang perjalanan.

Beliau berkata, usaha berterusan kumpulan syarikat terbabit diharap mampu memberi peringatan kepada pemandu untuk sentiasa berhemah di jalan raya dan tidak sesekali terleka hingga mendatangkan risiko kepada pengguna lain dan orang tersayang.




printer friendly create pdf of this news item
Bursa Malaysia
- Annual Audited Accounts